Aug 3, 2012

di dalam Hikari 442.

experienced by ciksuehaoi™ at 18:07 0 kata-kata pemangkin
Assalamualaikum wbt.

im inside the shinkansen now.or known as a bullet train.
the most fastest train in the world.Hikari 442 N700 series.
made up by Japanese yg sangat hebat dan high motivated.huhu.
tapi sayang.most of them bukan Muslim dan sedih kerana mereka masih belum menerima hidayah Allah.semoga suatu hari ni.semoga.semoga.
im heading to Kansai Airport utk flight balik Malaysia petang ni.
frankly speaking,memang sangat eksaited nak balik for hari raya.tapi cuba menahan diri.
sbb apa2 boleh berlaku before touch down di Tanah Melayu.
hanya doa yg mampu dititipkan semoga semuanya dipermudahkan.
ajal,maut,jodoh,takdir,perkara yg lepas,perkara akan datang semua itu adalah perancangan Allah Taala.tidak dinafikan kita juga merancang dan berusaha ke arah perancangan itu tetapi kadang kala apa yg dirancang tidak berjalan seperti apa yg dihajati.
Allah Maha Mengetahui semuanya.berserahlah kepada-Nya.
teringat satu petikan doa dalam Al-Mathurat yang berbunyi "Ya Allah,jangan kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri".
ape yg korang paham dgn petikan doa ni?kalau ikut apa yg aku paham la kan once Allah izinkan kita yg tentukan takdir kita,nasib kita,jalan kita maybe kita akan jauh tersasar?dan maybe kita akan buat keputusan yg salah?yang akhirnya akan menyusahkan diri kita?
sbb tu kita doa supaya jangan Allah biarkan kita yg tentukan segalanya.kalau kita yg tentukan semua tu maybe lagi worst kot.nauzubillah.
ni yang aku paham la.tapi pemahaman org berbeza2 kan?hehe.maybe korang paham cara lain.
"Kita merancang,Allah juga merancang dan sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah".
okay.itu saja aku nak bebel utk hari ni.sbb aku dah smpai Shin Osaka.nak kena tukar train ke Kansai Airport.babai semuaaaaaaaaa!


 salah satu sebab kenapa aku suka naik shinkansen.breathtaking scenery.



Subhanallah.cantik lukisan Allah.

Jul 18, 2012

LAST CLASS.

experienced by ciksuehaoi™ at 19:52 0 kata-kata pemangkin
next week dah start final.aku pon dah start blaja sikit2.sikit jela tapinya.
wish me luck.supaya semuanya berjalan lancar dan aku dpt pulang ke Malaysia dgn hepinya.
smlm aku jumpa Akada Sensei utk tanya bnda yg aku tak paham waktu kelas.
aku suka dengar beliau bercerita.macam atuk2.dah la botak.comel gilos.
cerita2 beliau banyak unsur nasihat dan beliau seorg yg berfikiran jauh! kagum aku.
entah mcm mane boleh terkeluar pasal topik aku nak jadi cikgu balik mesia nanti kat beliau.
beliau kata bagus sgt sbb pendidik la yg akan membentuk anak bangsa.
padahal dia tak tahu cita2 aku utk jadi cikgu bahasa jepun dekat
SEKOLAH ALL BOYS.hahahahahaha.hidden secret di situ okay.
oraito.aku nak start belajar ntok final!doakan akuuu!

ada gaya cikgu berjaya tak?puke.

Jul 12, 2012

MENULIS.

experienced by ciksuehaoi™ at 13:51 0 kata-kata pemangkin
Assalamualaikum wbt.

pagi buta hari jumaat yang mulia rutin aku memang tak pernah berubah iaitu menyiapkan report last minute.haha.menyampah aku.habit yg tak pernah berubah sejak dtg jepun.adoi.lagi 2 minggu nak final then balik mesia.wehuuu!macam2 dah ade dlm kepala hotak aku nak buat ape kat mesia nanti tapi lek dulu.kena study sebaik mungkin.blah.sdg ngantuk2 buat report aku terusha album trip to oita last year.aku rindu dua kawan aku ni tiba2.Narisa from Thailand and Leticia from Brazil.diorg dah back to their country for good.walaupun jarak umur kami hampir 4 tahun tapi diorg nmpk muda sgt2.dats why kot aku takde masalah to get along with them.huhu.selain diorg aku rindu jugak Eunji member korea aku ngn Hristo member Bulgaria.how i wish i can go back to that time.the time we were together.waaa,rindu.rindu sangat2 okay:(

 Narisa and Leticia,imissyou!

Eunji and Narisa,lets meet!

 Hristo,may you have a good life in Bulgaria!

 Im all alone now.forever alone.apedehal.

Jun 16, 2012

backpacking.

experienced by ciksuehaoi™ at 19:58 0 kata-kata pemangkin
Assalamualaikum wbt.

this word.aku selalu berangan nak buat tapi tak pernah la kesampaian.
hoho.ade je halangan yang menimpa.dan tak pernah la terbuatnya.
balik cuti summer ni aku plan ngan along nak backpacking ke Langkawi.
saja nak dating berdua dan membuang masa serta duit kat sane.haha.
lagipun,balik cuti ni satu family nak g perlis sebab kazen aku kawen.
so,aku pon nak mintak la jasa baik mak ngn abah utk drop kitorg kat
mana2 jeti yang dekat utk g Langkawi.
pastu dr Langkawi nak balik Johor nanti aku dengan along nak amik KTM.
pehhhhh,tinggi kan angan2 kitorg?haha.tapi sumpah aku teringin nak buat.
aku tengok org backpacking pakai beg brand deuter tu cam caro je.bestnya!
tak payah bawak barang banyak2.just baju selai dua ngn keperluan asas.
utk aku ngn along rasanya takde masalah kot.sbb kitorg bukan kaki mekap.
so,takyah la nak angkut beg besar2 isi mekap bagai.haha.sori kaki2 mekap.
malangnya,ini jawapan mak dan abah.NO.sebenarnya aku dah agak dah jawapan
tu tapi saje nak mencuba nasib.mane taw mak ngn abah say YES.
tapi memang harapan la.aku cuba lagi pujuk mak cakap pergi Korea
hari tu mak okay je kenapa yang ni tak boleh pulak.dalam negara je pon.
tapi ini jawapan mak,negara sendiri lagi bahaya dari negara orang.
hoho.sebijik kena.tapi aku still tak putus asa.nak try pujuk lagi.yoshhh!

cool gila wa cakap lu!

angan angan belaka.hmm.

Jun 14, 2012

kasi selam subjek matrik.

experienced by ciksuehaoi™ at 12:41 0 kata-kata pemangkin
Assalamualaikum wbt

aku penat.aku penat.dan aku sangatlah penat.hari2 penat.
semalam ada exam matrik dan for sure la aku tak mampu menjawabnya.
aduhai.tensionnya.aduhai la pon.aku antara org last yg keluar dewan peksa.
ke laut betul la.pening.aku tataw kenapa wujudnya exam camni.
tapi balik je hilang semua penat and pening kepala aku bila tengok anak2
jiran aku main bola sama2.diorg siap ajak aku join sama.huuu.
comel gila diorang.bestnya jadi budak.tak payah nak pikir apa2.
waaa,rindunya zaman kecik2 dulu.macam2 pengalaman ada.tp bnyk yg nakal laa.
tengok diorg buat aku makin homesick nak balik mesia cepat2.
nak main ngn budak2 esp anak acik aku,cik fina india tu haa walaupun dia tak
suka sgt ngn aku.haha!dia tak kenal aku sgt pon.sbb jarang ada kat rumah kan.sobsob.
kenapa panggil dia cik fina india?sbb waktu kecik dia ada jantung berlubang dan
dihantar smpai ke india utk operate.kelas kau jah.kecik2 dah pergi overseas.haha.
lepas main jap ngn diorg,aku skype ngn mak and mengadu laaa perihal
yg aku kuat tido sejak dua menjak ni.walaupun sekarang dah masuk summer
dan panas.sepatutnya kurang tdo.skrg ni bukan winter kot cik nasuha!
haha.mak marah and siap cakap lepas ni hari2 mak tepon pukul 4 kejut tahajud.
hoho.dan mak juga cakap aku makin gemuk.maybe sebab banyak tdo?
deng.esok aku nak start joging!tapi mungkin itu hanya angan2 belaka?

anak jiran aku yg comel.hish,rasa nak sepak je.
ni baru dua org.ade lagi 5 orang kawan mereka.
dah mcm geng bas sekolah hai~

Jun 12, 2012

tentang kubis bunga.

experienced by ciksuehaoi™ at 04:27 0 kata-kata pemangkin
Assalamualaikum wbt.

sebelum korang sambung baca,sila kosongkan fikiran korang dan amik semua
yg korang bakal baca ini sebagai ilmu yang berguna kepada korang.haha.aku nak gelak tiba2.
dua minggu lepas,aku ada tengok satu show kat KBC tv jepun ni haaa.
diorang cerita pasal kubis dan banyakla info2 yang aku dpt dr show tu.
sejak aku dtg jepun,aku perasan something.orang jepun ni suka gila kot kat kubis.
kau pergi jela kat pelosok mana jepun punya kedai makan,mesti ada kubis!
dah tu mostly makan tanpa dimasak.kubis letak ngn syoyuu.pelik tapi benar.
setahu aku,kalau orang area2 europe diorang takkan makan kubis macam tu je.
maybe sebab kubis kat europe tak sesedap jepun?entah.kubis jepun sedap.manis2 sikit.
one of the fact yg aku dpt taw dr show tu kubis ni takde pokok.haha.lame me.
aku tataw la kalau korg tahu pasal benda ni dan aku je yg ketinggalan.haha.
tapi ade satu lagi fakta yang sumpah memeranjatkan aku.
makan kubis banyak2 boleh buat breast besar dan tukar cup.deng.
dr cup "a" ko boleh pergi ke cup "d" weh.memeranjatkan bukan?
okay.aku sangat terperanjat dengan fakta itu.dan aku tak pernah pulak tahu.
ada satu hari tu dalam kelas tiba2 fakta tu terlintas dlm kepala otak aku dan secara
otomatiknya aku terpandang dada membe jepun aku yg duduk depan.pervert gila aku!
tak tak tak.sumpah aku tak sengaja doh!iye la,org jepun kan suka makan kubis
tapi aku tengok cam kecik je.haha.sengal gila aku ni.
maka,sejak hari aku tengok show tu aku berusaha utk mengurangkan diri makan kubis.
kenapa?entah.korang pikir la sendiri.haha.tapi ikot korang la kalau korang
still meminati kubis.tiada paksaan atau desakan apa2 okay.haha.
tapi malangnya hari ni aku termasak benda yg ada kubis.deng.aku buat lontong weh.
semua salah akak aku!sbb anta gambar lontong dekat whatsapp.tahi.
tapi takpe la.rezeki hari ni.drpd semalam.makan megi dengan ayam rempah je kot.hoho.
sekian untuk fakta pada hari ini.semoga yg baik jd teladan.yg buruk jd sempadan.babai.

kejap!mlm ni aku tengok Fifa Jepun lawan Aussie tanpa semangat sbb volleyball
lelaki Jepun tak dpt pergi Olimpik.aku sedih.sumpah.sbb aku die hard fan mereka:(


lontong dan telur kembar.hoho.



Jun 11, 2012

annoying.

experienced by ciksuehaoi™ at 15:22 2 kata-kata pemangkin
Assalamualaikum.

semalam,benda yang aku plan nak buat satu pon tak jalan.
sebab ape?mata kiri aku mengalami masalah kenyit2.arghhh,annoying gila!
nak start buat homework math tapi sumpah tak boleh.pensel aku tak gerak lansung kot.
bukak laptop utk buat report organic chem pon still rasa tak selesa.
mata punya pasal la!eee,menyirapnya aku!apesal ekh bnda camni jadi?
pelik aku.bukannya in short period tapi lama kot.
dari pagi isnin start nak g sekolah sampai la malam semalam.
ade org kata,kalau mata kiri yg kenyit2 ade bnda tak elok nak jadi.
kalau mata kanan,something good gonna happen.tp aku tk caya.khurafat wooo:)
utk kurangkan kenyit2 tu,aku ambil la inisiatif utk tuam mata ngn tuala dan air panas.
tapi still sama je.malah makin worse.adoi!
sbb mata ni tak jalan dgn air panas,aku tukar tuam ngn air sejuk pulak.
dasar bakal engineer,main gamble je.haha.
but still,it did not work bebeh.sumpah aku putus asa!
last2 aku ambil langkah yg paling bijak dan berkesan,tdo.
what a shitty day betul la.annoying!!! semua benda dan kerja aku tak jalan smlm.
tapi bila reflect balik ada hikmah tu. Allah nak suruh aku rehat banyak sikit hari tu.
tapi tapi tapi,aku rasa aku ni terlebih rehat dah.asik tido je keje.
natijahnya,makin gemuk bhai.berat aku dah naik 2kg.haha.bangga.kbai!

masa terlalu banyak smpai dibazirkan dgn sia2.hmm.


Jun 10, 2012

ENCIK CINTA HATI

experienced by ciksuehaoi™ at 05:22 0 kata-kata pemangkin
Assalamualaikum wbt.

tajuk nak letop je.haha.todays writing bertemakan encik cinta hati.
sape?hoho.TUAN HAJI MOKHTAR BIN ABU BAKAR,seorang bapa yg sangat comel.
ini bukan sebab dah nak dekat dengan fathers day baru sibuk nak tulis pasal abah,okay.
hari ni parcel dari Malaysia sampai.parcel dr yg tercinta la,abah.
hari tu cakap dengan abah mintak tolong poskan jam gold dan tudung sikit.
kenapa ckp ngn abah?bukan mak?huhu.mak kursus time tu.tak dapat nak contact sangat.
hari2 abah mesej dan hantar gambar tudung yg perlu dipos.i found that is something really sweet.
bukan semua bapa boleh buat camtu.tapi yg saya tahu semua bapa nak yg terbaik utk anak.im sure of that. bila parcel sampai hari ni rasa terharu dan happy sangat!sampai ternangis weh.
dlm masa yg sama agak homesick sebenarnya.huhu.rindu rumah.cepatlah bulan 8 sampai.
dekat parcel tu abah siap tulis from:ayahanda....comel kan?huhu.
aku selalu berangan,kalau nak carik calon suami nanti,nak yg macam abah!
tegas tp dlm tegas still ada lembutnya.serius tp dlm serius still ada kelakarnya.
dan yang penting abah seorg yg sangat bertanggungjawab.dia tak pernah lepas tangan.
tentang semua perkara.dan menjaga kebajikan keluarga dgn sangat baik!
mak selalu ckp kalau nak cari pakwe cari yg bertanggungjawab.insyaAllah okay. haha.
mak aku seorg yg open.dia tak kisah anak dia bercinta tapi aku yg tak ketemu lagi smpai sekarang.hoho.bila lah ye?kroh kroh.ah,lantak la.
mungkin sbb aku cari lelaki yg mcm abah?dan susah nak jumpa?haha.
abah aku mmg lelaki terbaik!abah bukan someone yg sejak dulu religious.
abah aku tak reti baca quran dulu tapi he tries his best lepas kawen.
sbb nak bentuk satu family kan?and he is the leader for sure.thats so adorable.
abah zaman muda2 macho sgt!aku selalu usha album lama beliau.hihi.
patutlah mak aku jatuh hati.kalau aku kat tmpat mak pon boleh jatuh hati weh!
tu tak sabar smpi trus kawen lepas mak habis maktab tu.haha.
time cuti yg lepas abah la yg beria plan vacation to Terengganu utk family sbb dah lama
tak jalan jauh ngn anak beranak katanya.comel kan?
tapi sejak akhir2 ni along kata abah selalu tak sihat. abah ada gout dan kena jaga pemakanan betul2.
lagipon,zaman muda2 abah terlalu aktif dlm sport dan itupon antara
penyumbang kepada ketidakstabilan kesihatan abah.
itu doktor yg hampir buat pembedahan tulang belakang abah bilang setahun lepas.
luckily,that operation tak jadi sbb lepas abah ubat kampung,its getting better Alhamdulillah.
hari itu,along kata abah sesak nafas dan time tu mak still kat sekolah.
tapi nasib baik ada mak lang utk hantar abah pergi klinik.Alhamdulillah.
satu benda yg aku kurang selesa ngn abah ialah dah sakit2 pon abah still nak pergi kerja naik moto.
lagi senang katanya.tapi aku still kurang setuju.bukan aku je,mak dgn along pon marah kot.
naik kereta kan boleh.ada 3 biji kereta lagi kat rumah tu.abah pilih je la nak naik yang mana.
tapi abah still nak naik moto.kdg2 sampai berbuih mulut mak suruh abah
bawak kereta pergi kerja.
kami bukan tak bagi tapi abah kan tak sihat.plus,abah bukan muda lagi.
bila tengok betapa banyaknya uban kat kepala abah,i realized that im already a big girl now.
bukan budak kecik yang asik merengek kat abah kalau kena ejek dengan kawan.
tapi abah,saya masih lagi anak abah yang manja dan mengada2 serta clumsy kadang2.
Ya Allah,satu je saya minta.lindungi org2 yang saya sayang.berikan kesihatan
dan keberkatan dlm hidup mereka.
tolong jangan ambil mereka drpd saya.ye,semua yg hidup akan pergi satu hari nanti
but please.not at this time.
saya masih perlukan perlindungan seorang insan bernama bapa.lindungi beliau Ya Allah.
Abah,selamat hari bapa.angah sayang abah hari2.bukan pada hari bapa je.
terima kasih utk segalanya. 

note1:post ini ditulis semasa menonton volleyball Japan lawan Iran.Jepun kalah.
note2:post ini ditulis bersama linangan air mata yg tak berhenti2.yes!saya cengeng.
note3:post ini ditulis dari hati seorg insan bernama anak.
note4:terdapat percampuran bahasa antara saya dan aku yg sangat kronik dlm pos ini.maaf.



parcel dari abah yang kacak with love:)

Jun 8, 2012

sambil layan euro poland vs greece

experienced by ciksuehaoi™ at 18:21 0 kata-kata pemangkin
Assalamualaikum wbt!

dalam banyak2 hari,hari yg paling aku suka adalah hari sabtu!
takyah pikir nak buat ape2.rumah macam tongkang pecah pon aku buat bodo je.
kerja aku golek2 atas katil dgn ngadap laptop.haha.its heaven.
walaupun banyak report dan kerja sekolah yg kena setelkan aku ttp rileks.haha.
semalam aku bantai layan match utk kelayakan Olimpik,Euro dan Fifa.
gile.tak pernah aku buat kot.aku mmg la tengok bola tapi takde la sampai korbankan masa tidur but yesterday i've done something that i rarely do!
aku tengok match volleyball utk Olimpik Japan lawan Aussie.
Fifa Japan lawan Jordan and Euro Poland lawan Greece.bangga sebentar sbb rasa diri hebat.oloh.
aku suka tengok match sbb dia bg aku macam2 perasaan.berdebar semestinya la.haha.
sedih pon ade kadang2.sedih?hmm.iye la.kalau team aku kalah?hoho.
kalau Japan ni,every match diorg ade satu slogan which is 心一つ.maknanya make your heart one?
macam konon2 korg satukan la hati korg2 semua tu haaa.haha.
sounds funny tapi itulah org Jepun.motivation diorg tinggi!hoho.
aku start minat volleyball bila aku pergi tengok World Cup kat Fukuoka last year.best.
time itu aku berkenalan anak Matsumoto kot.one of Japan player!
time aku sibuk2 nak amik gambar player after match,aku dengar kat tepi aku ade
budak dok jerit papa,papa,papa.wth?sape papa dia?
pelik gak aku.dia panggil sape?pastu,mulut aku gatal bertanya kat wanita sebelah budak tu,
”あのう,誰かがお父さんですか?まさか,松本選手?”
then,wanita tu jawab YES!bapak dia Matsumoto weh!mahu tak terkejut aku.
cantik doe bini dia,anak pon comel,seorang lelaki lagi.untunglaaa.
aku suruh dia kem slm kat laki dia,dia kata ok.haha.
aku pon tataw la tersampai tak salamku itu.haha.
kalau bab soccer pulak mmg sejak azali aku tengok kot sbb aku selalu kena
teman abanggg ngn bapak aku layan bola.hoho.selain tu aku selalu gak teman abah layan
wrestling.eh?patutla,aku ganas semacam.dah taw dah sebabnya.haha.
aku ingat lagi last year time Malaysia menang lawan Indonesia dlm Final Sukan SEA,
esoknya aku pakai jersey Malaysia weh pergi kelas.hehe.eksaited tak aku?
sape kate aku tak layan local sport.hoho.Malaysia tetap di hati okay.
and benda yg makin menyebabkan aku suka sukan is i found that sportsman are cool.heeeee


 favorite player aku,Encik Fukuzawa

 Jepun yg semangat!haha.

 Top player Jepun.hoho.

 Make your heart one.hehe.

Encik coach yg cool!

PS:aku tak letak gambar Fifa or Euro sebab kalau banyak sangat mcm annoying pulak.haha.kbai.

Jun 5, 2012

cekak rambut 2 tahun.

experienced by ciksuehaoi™ at 08:01 0 kata-kata pemangkin
Assalamualaikum wbt.

hari ini aku nak random talk.macam hari2 je random talk.hmm.
sebab nak hilangkan ngantuk before start belajar untuk paper khamis ni.
Jun dan Julai,cepat cepatlah berlalu.aku tak sabar dah nak balik rumah ni haaaaa.
minggu ni kelas organic chemical 2 kali kot.sekali equal to sejam setengah,dua kali tiga jam weh.
botak kepala aku.gugur rambut.bersama uban serta kelemumur yg wujud.ewww.over.
aku pelik camane sensei tu boleh ingat semua nama,struktur and pekejadahnya benda2 kimia ni.
aku nak ingat satu pon amik masa satu hari,satu malam.doh.over lagi.
balik sekolah lepas maghrib aku terus mengunjungi encik katil.tido.
aku sedar dekat pukul sepuluh sbb along mesej suruh beli tiket balik.murah katanya.
dan dgn rajinnya memikirkan exam,aku teruslah bgun semayang isyak dan berazam utk belajar.
tapi akhirnya its end dgn sadisnya.aku dok ngadap laptop smpailah sekarang.tahi.
tapi aku bukan nak cite benda tu.aku tertidur lepas maghrib bersama2 telekung.
dan bila aku bangun dgn perpeluh2 panas aku dapati cekak rambut aku dah patah.
huwaaaaaaa.aku tak sedar yg aku tertido bersama beliau.sobsob.dua tahun weh aku pakai.
dan jangka hayat beliau berakhir dengan sia2 sekali.二年間お疲れ!
maafkan saya.maafkan saya.maafkan saya.tak sengaja.serius.
yang lagi aku terkilan,tu cekak rambut yang membe baik bagi waktu sekolah menengah.
aku cuba nak seletip cekak tu tapi macam pelik pulak.bkn macam,memang pelik.
dan akhirnya aku biar je dia dekat meja tanpa berbuat apa2.hoho.
disebabkan perkara ini,aku takde mood dan nak sambung tido semula.haha.bai.



semoga beliau aman di sana.gambar bersama encik organic chem.
aku berharap encik organic chem akan menyusuli langkah cik cekak rambut.
ps:ade sape2 tataw ke cekak rambut tu ape?haha.



Jun 4, 2012

minggu pertama Jun.

experienced by ciksuehaoi™ at 08:37 0 kata-kata pemangkin
Assalamualaikum wbt.
minggu ini minggu paling hectic dalam hidup aku.
exam beratur panjanggggg menunggu.
walaupun tak banyak,aku tetap tension.
sebab banyak yang aku tak paham.hoho.
so,have to put much more effort bebeh.
2 paper down.tinggal 3 lagi.semua serba math.
ini baru mid sem we called as  中間,chuukang.
期末,kimatsu aka final nanti aku tataw la camane ke longkangnya paper2 aku.
tapi lepas final balik raya.wehuuuu.
ticket return to Japan dah setel.tinggal tiket nak balik Malaysia saja deh.
jumaat lalu aku nangis lepas eksperimen.
nak kate tension takde la,tapi entah.air mata gedik nak keluar.haha.
maybe sebab banyak benda kena setel bulan ni kot.
Jun,please be nice to me.kroh.kroh.kroh.
then,i'll love you with all my heart dear.less than 3.



 muka budak cengeng menangis lepas eksperimen
*sempat lagi camwhore



bulan Jun yang sibuk.hoho
*comel kan buku nota aku.ehek.kbai.


May 21, 2012

tiada kata.

experienced by ciksuehaoi™ at 23:43 0 kata-kata pemangkin

ya Allah.
hati saya tak tenang.
hidup saya tak teratur.
homesick.rindu rumah.exam mood tiada.
tiket flight untuk pulang raya masih mahal.
hati geram dengan seseorang.
geram juga dengan diri sendiri.
bantu saya ya Allah.


"Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"
(Surah Al-Ikhlas,ayat 2)

yakin sueha,yakin.
Allah is the one whom we depends on.
semoga dipermudahkan segalanya.Amin.

May 18, 2012

14Februari2012.koreasatu.

experienced by ciksuehaoi™ at 17:53 0 kata-kata pemangkin

Assalamualaikum dan maaf sebab setelah hampir 3 bulan barulah berkesempatan menceritakan pengalaman ke Korea bulan 2 hari tu.

Seoul,suka kpop tak bermakna you'll love every single thing here.It's just a part of my great memories that i can story to my grandchild soon.maybe.hihi.

13 Februari tu habis je exam saya terus amik densha,train ke Fukuoka airport for tomorrow flight.the main part bukannnya excited nak ke Korea but excited nak jumpa my lovely sister and friends!rindu.huhu.tido merempat okay malam tu.haha.

Sampai je ke Korea terus berpeluk sakan ngn akak dan kawan2.rindu sangat okay.huhu.kat airport kitorg dijemput Encik Razin,senior sekolah menengah saya.tq sbb bnyk tolong kami sepanjang kat Korea.huhu.

Lepas setelkan tempat penginapan terus pergi carik makanan.lapa memang takyah cerita la.yang paling kesian along dan cicik yg tak makan dari semalam.maafkan saya.saya pon lupa nak bring in something for you guys.sorry.

Makan makanan Korea.maybe for other okay kot,tapi ianya tak masuk dengan selera saya.huhu.selepas itu,disebabkan hari pon nak petang kami just sempat ke Coffee Prince.cafe dlm cerita Korea yang popular tuuuuu.

Nak kata seronok sangat takde la.biasa je kot.tapi disebabkan kami pergi waktu winter,pokok semua botak.tak lawa.haha.razin kate kalau time spring lawa.kot.hihi.nak pergi Korea lagi bila2 masa.insyaAllah.

Lepas minum kopi dan amik gambar sepam due dekat cafe tu,masing2 muka semua dan penat and we decided to go back to the guest house and prepare for tomorrow vacation.tapi zureq mintak teman utk tengok live radio Sungmin and Ryewook SUJU kegemaran dia pulak.

Saya mengarahkan bebudak yg dah penat tu balik and tdo dan saya telah mengheret along,cicik dan razin utk teman saya meneman zureq.hihi.penat woooo.tapi sempat lepak kat cafe Jaesung SUJU.so,berbaloi laaaa.layan sandwich ketam satu dua.haha.


Hari first di Korea yang sangat sejuk dan mencabar.balik guest house terus berdengkur dan bersedia untuk perjalanan esok hari.saya suka Korea.heeeeee.buat masa sekarang ni saya sedang menyimpan duit utk next destination,Mekah,Madinah dan Isatanbul.InsyaAllah!



Makan Makan Makan
Cafe Coffee Prince weh!
Cafe Jaesung Super Junior

akak saya dan cicik!
tour guide terbaik!RAZIN!tq!
team jalan2 Korea saya.rindu.

muka penat dan nak balik tdo weh!


KBS.selama ni tengok kat tv je.

terlalu penat sehingga menjadi cacat

ps:entry ini dibuat setelah kepala otak penat belajar organic chem untuk exam isnin ini.







May 15, 2012

selamat hari guru

experienced by ciksuehaoi™ at 09:54 0 kata-kata pemangkin
16 Mei datang lagi
SELAMAT HARI GURU
untuk semua cikgu esp bonda tercinta
terima kasih atas semua ilmu yang tak ternilai
yang berpenat lelah mengajar a,b,c sampailah !"(%$&%#P(hard equation)
semoga terus kuat dan tabah mendidik anak bangsa
saya sayang kamu semua

"A good teacher is like a candle . it consumes itself to light the way for others. "
 ~Mustafa Kemal Atatürk, translated from Turkish~


May 14, 2012

hidup baru

experienced by ciksuehaoi™ at 09:23 0 kata-kata pemangkin
lately,hidup sangat sangatlah bizi dan penat.everyday kelas dr pukul 8pagi smpai 4petang.
balik sekolah lepas sembahyang asar mesti tido sampai pukul 8 malam.cukup 40 hari tido pas asar boleh gila aku.huwaaaaaaaaaa.

bangun tido layan shabekuri 007 dan drama2 jepun smbil buat homework.this is everyday routine.sangat penat okay.homework bertimbun,report berlambak,benda yang tak paham berketul2.ape boleh buat?

setiap hari jumaat lepas habis lab or experiment balik rumah tido tak ingat dunia smpai subuh esoknya.this is soooooo not me!bkn nak ckp ape,tapi aku bukan jenis kuat tido!serius.tapi kepenatan melampau menyebabkan perkara begini terjadi.haha.

tapi i do realize something.saya dibayar untuk semua ini.saya budak scholar.saya menggunakan duit rakyat2 Malaysia yg membiayai saya utk belajar kat sini.jadi,i do deserve this kesusahan(haram jadah bi).tak boleh merungut.ini adalah tanggungjawab saya.

mak pon selalu pesan macam tu.tapi kkdg mcm tak sangka boleh belajar jauh smpai cam ni dr family.mak pon selalu cakap,'tak sangka anak mak yg paling suka rumah belajar paling jauh dr rumah ye sekarang ni'.aigooooooo.

cepatlah 3 tahun habis.saya nak duduk Malaysia.nak duduk dengan mak abah.hujan emas di negeri org,hujan batu di negeri sendiri.lebih baik di negeri sendiri.

tapi saya suka satu perkara pasal belajar kat sini.sensei dia baik2 belaka!suara macho pulak tu.haha.ape yg saya tak paham dia sanggup ajar sampai saya betul2 paham.kekadang smpai bosan pon ade.sbb nak balik rumah cepat.menyesal tanya.haha.

ade sensei tu siap bagi copy card dia untuk suruh saya copy important parts dlm buku dia.huuuu.tapi tapi tapi nak tanya sensei ape2 soalan tu kkdg kena susun ayat kasi cantik sbb tak nak lah nampak yg Japanese saya sgt huru hara.

sejak duduk Jepun,English saya ke laut.sbb everyday Japanese.kesian English.tapi takpelah,nak buat camane.haha.orait,lets make a move and do report!

kawan2,kalau saya rajin nanti saya update2 pasal vacation sya bersama kakak dan kawan2 ke Korea before balik Malaysia februari yang lepas ok.Korea sangat sejuk!kbai.



report report report report report report report report
 

menitisebuahKEHIDUPAN Copyright © 2011 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by web hosting