Jun 10, 2012

ENCIK CINTA HATI

experienced by ciksuehaoi™ at 05:22
Assalamualaikum wbt.

tajuk nak letop je.haha.todays writing bertemakan encik cinta hati.
sape?hoho.TUAN HAJI MOKHTAR BIN ABU BAKAR,seorang bapa yg sangat comel.
ini bukan sebab dah nak dekat dengan fathers day baru sibuk nak tulis pasal abah,okay.
hari ni parcel dari Malaysia sampai.parcel dr yg tercinta la,abah.
hari tu cakap dengan abah mintak tolong poskan jam gold dan tudung sikit.
kenapa ckp ngn abah?bukan mak?huhu.mak kursus time tu.tak dapat nak contact sangat.
hari2 abah mesej dan hantar gambar tudung yg perlu dipos.i found that is something really sweet.
bukan semua bapa boleh buat camtu.tapi yg saya tahu semua bapa nak yg terbaik utk anak.im sure of that. bila parcel sampai hari ni rasa terharu dan happy sangat!sampai ternangis weh.
dlm masa yg sama agak homesick sebenarnya.huhu.rindu rumah.cepatlah bulan 8 sampai.
dekat parcel tu abah siap tulis from:ayahanda....comel kan?huhu.
aku selalu berangan,kalau nak carik calon suami nanti,nak yg macam abah!
tegas tp dlm tegas still ada lembutnya.serius tp dlm serius still ada kelakarnya.
dan yang penting abah seorg yg sangat bertanggungjawab.dia tak pernah lepas tangan.
tentang semua perkara.dan menjaga kebajikan keluarga dgn sangat baik!
mak selalu ckp kalau nak cari pakwe cari yg bertanggungjawab.insyaAllah okay. haha.
mak aku seorg yg open.dia tak kisah anak dia bercinta tapi aku yg tak ketemu lagi smpai sekarang.hoho.bila lah ye?kroh kroh.ah,lantak la.
mungkin sbb aku cari lelaki yg mcm abah?dan susah nak jumpa?haha.
abah aku mmg lelaki terbaik!abah bukan someone yg sejak dulu religious.
abah aku tak reti baca quran dulu tapi he tries his best lepas kawen.
sbb nak bentuk satu family kan?and he is the leader for sure.thats so adorable.
abah zaman muda2 macho sgt!aku selalu usha album lama beliau.hihi.
patutlah mak aku jatuh hati.kalau aku kat tmpat mak pon boleh jatuh hati weh!
tu tak sabar smpi trus kawen lepas mak habis maktab tu.haha.
time cuti yg lepas abah la yg beria plan vacation to Terengganu utk family sbb dah lama
tak jalan jauh ngn anak beranak katanya.comel kan?
tapi sejak akhir2 ni along kata abah selalu tak sihat. abah ada gout dan kena jaga pemakanan betul2.
lagipon,zaman muda2 abah terlalu aktif dlm sport dan itupon antara
penyumbang kepada ketidakstabilan kesihatan abah.
itu doktor yg hampir buat pembedahan tulang belakang abah bilang setahun lepas.
luckily,that operation tak jadi sbb lepas abah ubat kampung,its getting better Alhamdulillah.
hari itu,along kata abah sesak nafas dan time tu mak still kat sekolah.
tapi nasib baik ada mak lang utk hantar abah pergi klinik.Alhamdulillah.
satu benda yg aku kurang selesa ngn abah ialah dah sakit2 pon abah still nak pergi kerja naik moto.
lagi senang katanya.tapi aku still kurang setuju.bukan aku je,mak dgn along pon marah kot.
naik kereta kan boleh.ada 3 biji kereta lagi kat rumah tu.abah pilih je la nak naik yang mana.
tapi abah still nak naik moto.kdg2 sampai berbuih mulut mak suruh abah
bawak kereta pergi kerja.
kami bukan tak bagi tapi abah kan tak sihat.plus,abah bukan muda lagi.
bila tengok betapa banyaknya uban kat kepala abah,i realized that im already a big girl now.
bukan budak kecik yang asik merengek kat abah kalau kena ejek dengan kawan.
tapi abah,saya masih lagi anak abah yang manja dan mengada2 serta clumsy kadang2.
Ya Allah,satu je saya minta.lindungi org2 yang saya sayang.berikan kesihatan
dan keberkatan dlm hidup mereka.
tolong jangan ambil mereka drpd saya.ye,semua yg hidup akan pergi satu hari nanti
but please.not at this time.
saya masih perlukan perlindungan seorang insan bernama bapa.lindungi beliau Ya Allah.
Abah,selamat hari bapa.angah sayang abah hari2.bukan pada hari bapa je.
terima kasih utk segalanya. 

note1:post ini ditulis semasa menonton volleyball Japan lawan Iran.Jepun kalah.
note2:post ini ditulis bersama linangan air mata yg tak berhenti2.yes!saya cengeng.
note3:post ini ditulis dari hati seorg insan bernama anak.
note4:terdapat percampuran bahasa antara saya dan aku yg sangat kronik dlm pos ini.maaf.



parcel dari abah yang kacak with love:)

0 kata-kata pemangkin on "ENCIK CINTA HATI"

Post a Comment

 

menitisebuahKEHIDUPAN Copyright © 2011 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by web hosting